Thursday, December 19, 2013

LATEST COLOUR 19 DECEMBER 2013

Colour cotton kali ni sangat cantik. kene selalu complain ngan tokey kain baru masuk bnyk colour baru..hehe..top quality cotton..xdpt kat tmpt lain.

 #12  DARK BLUE

 #21  BLACK
#25  DARK BROWN

#4 - #8 BROWN FAMILY

#19 GREY+PURPLE

#24 - #27 GREY FAMILY
 ** DENIM BUKANLAH MATERIAL KAIN YG SELALU AKAN ADA. JIKA HABIS STOCK TAK TAU BILA AKAN ADA LAGI YA.




Friday, December 6, 2013

Sebahagian jahitan dr E.y.n.a.s.





New order siap 6 Dec 2013


Semua Order dari Shikin dr Taman Sutera Johor Bahru..org kg saya la :)
Cari kain n siapkan dlm masa 2 hari..terajin la plk..hehe. Shikin dah siap2 tetas semua awning untuk alteration...bagus..sgt suka..rajin awk!


Semua awning make-over


Kain yg disediakan oleh customer
 TQ ya!

Blog saya dah bersarang.. :(

Assalamualaikum....

Tajuk kat atas tu je dah menampakkan kemalasan melanda untuk update blog..huhu.. last update pon dah xingat bulan berapa...bole camtu? teruk betul kan..aiyooo!!

Eynas masih lagi menjahit...non stop nih! ada minggu2 yang jadi malas jugak...biasanya balik dari bercuti jadilah malas sekejap...pastu..sambung balik bila mood dah datang. Now baru je start balik...last week xmnjahit pon...demam selsema..musim2 hujan ni biasa lahkan.

jahit pon sikit2..mana2 order pending dah lama...bab2 tukar awning jadi malas skit...nak tetas-cari matching kain-jahit-post. kalo order baru tiada masalah...xdelah jadi malas cm nk servis tukar awning tu...kepada customer2 yang nakkan servis tukar awning tu..siap2 tetas lah eh..nti cepat skit eynas jahit...hehe.

Order macam biasa masih xabis lagi tempahan dari butik biasa...kain melambak2 kt hall ku..huhu
nasib baik owner butik stop dulu pembelian kain baru...adalah masa nak habis kan kain2 yang ada tu. personal order tu masih ada. Kali ni xde lah ambil bnyk2 sgt order...memandangkan dah terikat dengan butik tu.

kita pon dah nak sampai ke pengujung tahun..nak share sikit tudung yang paling mendapat sambutan tahun 2013 ni pastilah anak tudung berdagu. ramai betul bertanyakan tudung ni n Dania Shawl.



Terima kasih kepada semua pelanggan yg telah membeli hasil jahitan dari E.y.n.a.s.




Monday, November 11, 2013

Bengkel Menjahit Tudung

Untuk info Eynas akan mengajar menjahit tudung di Pusat Latihan Smartskill. Buat masa ni class personal Eynas ditutup buat sementara waktu kerana ruang mengajar penuh dengan kain-kain. maaf ya. Jika berminat boleh join class tudung kt bawah ni.. ^_^

Berminat untuk menghasilkan tudung sendiri?
Jom join bengkel tudung kami

Tarikh: 23 November 2013

Masa: 10 pagi

Modul: 3 jenis tudung

Yuran: RM190

Tempat: Pusat Latihan Smartskill
34L-1-1 Jalan Wangsa Delima6, KLSC
Wangsa Maju, Seksyen 5
Kuala Lumpur
(berdekatan Gulatis dan Slim World)
012-2450301

Makan dan Sijil disediakan

**pelajar perlu membawa kain dan peralatan jahitan sendiri

Suasana Pusat Latihan

Modul tudung yang akan diajar untuk bengkel ini


Friday, August 23, 2013

DANIA EXCLUSIVE

Design terbaru..cutting sama macam Dania shawl tu cuma digantikan material chiffon di bahagian luar n anak tudung yang dijahit sekali dibahagian dalam. Nama pon exclusive kan..so sesuai la digayakan untuk ke majlis2 rasmi. Menggunakan soft awning permintaan dr customerku. Rasanya kalo guna TS pon cantik tapi bab menjaga tu yang jadi malas pulak. Bila awning patah simpan je la tudung tu...better soft awning ni. Eynas sendiri pon belum memiliki lagi Dania shawl ni. Bila ada majlis nk pegi baru kelam kabut nak buat..hehe..biasala tu.

Order ke-2 dari customer baru..Kak Hawa dari Melaka. 1st order dulu Eynas buat Tudung Syria cotton. Bila dapat je tudung ni Kak Hawa berpuashati dengan hasil kejaku..Alhamdulillah. Untuk next order nak semua soft colour chiffon...Amboii! bergaya sakan akak lepas ni ya. Thanks kak!


Before digayakan


Bahagian sisi

Bahagian sisi

Cara pakai sama mcm Dania Shawl..belit sekali je..tadaa...siapdah!

Chiffon dilonggarkan sikit bahagian bawah leher tu












INNER MAGIC

Akhirnya sempat jugak cuba design2 baru..tapi xde la baru sangat kan sbb org lain dah lama pakai..hehe. Kita je baru nak start. 

Inilah rupanya inner magic yang selalu orang dok citer2 tu rupanya. Kain tu xdisambung habis di bahagian belakang tengkuk n diletakkan getah kat bahagian tu. Bahagian dahi pon terjungkit skit effect dr kain yg xdijahit kat bahagian belakang tu. Sample yang diberi oleh kawanku. Eynas ni mmng bukan jenis membeli design2 baru tau. so xtaula sangat kalau customer soh buat macam2 design. Nak jadikan senang, customer sediakan contoh n Eynas kene la bedah siasat..hehe.
Pilihan material pon penting untuk hasilkan Inner Magic ni. Dapat cotton tebal yg buat seluar tu pon bagus. Aritu ada jual kt Jakel..tp xbeli la pulak sbb xtau nak buat apa kain tu :(
Sesiapa yang berkenan tu untuk pengenalan Eynas akan jual warna hitam dulu la eh. 
Harga: rm10