Friday, October 26, 2012

Tutorial ukuran saiz muka Tudung Berlapik Dagu



As salam...post kali ni nk share info tudung terbaru yang eynas buat. Tudung berlapik dagu dan berawning lembut. Sesuai juga untuk dibuat solat. saiz bermula dr 2.5" saiz S, 3" saiz M & 3.5" saiz L. Untuk dapatkn ukuran perlu ukur dari hujung awning spt gmbr dibawah.




Sunday, October 21, 2012

Tempahan Telekung Sempena Musim Haji

As salam...lama dah mendiamkan diri tanpa update cerita baru. Sibuk sepanjang masa...rasanya cam nak cari pembantu je nih. Ada sesiapa yang berminat tak? Tempahan tudung dan telekung memang tak menang tangan dibuatnya. Jadual kelas selepas raya tak putus-putus...alhamdulillah. Setiap minggu pasti penuh jadualku..huhu...disebabkan kurang rehat...Eynas demam seminggu...demam urat tu..sebab takde rehat yang cukup. 

Masuk je musim haji bermulalah tempahan telekung. Ada tempahan baru dan alter juga. Kadang-kadang beli telekung yang mahal dan cantik2 sulam kerawang tu...tapi bahagian muka tak kemas...tu yang terpaksa alter bahagian muka. Biasanya jika alter muka telekung Eynas akan tukar keseluruhan bahagian muka tu dan jika perlu tambah lapisan dalam telekung hingga ke paras dada...Eynas akan buat Selalunya lapisan dalam tu hanya setakat tengkuk je kan...tapi tak semua tempahan yang boleh tambah lapisan dalam tu...Ada sebahagian telekung bahagian lapisan dalam dijahit sulam sekali...so memang tak boleh la nak tetas. 

Untuk semua bakal2 Jemaah Haji Eynas doakan SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR. AMIN YA RABBAL'ALAMIN.  

Tempahan Telekung Mini dari SUE

     
   

   




Tempahan dari Kak Zainah di Penang. Terima kasih Kak!





TELEKUNG ALTER: