Thursday, August 23, 2012

Chiffon new cut

CHIFFON HOODIE

 1st time try buat ni sbenarnya...untuk my new customer...ubah sikit kt bahagian lipat kt bhg depan dada tu. utk yang berminat menggayakan hoodie ni bolehlah order ya.

Harga:

Hoodie sahaja rm30
Anak Tudung Labuh rm25 (boleh request TP or Awning)

Harga 1 set rm50

Jika nk hantar kain sendiri pon bole.
Upah jahit RM15







Raya Order

As salam..semua order siap b4 raya smpai xsempat nk update. tahun ni tdung sndiri pon xsempat nk jahit...Pakai apa yang ada je la. Kat bawah ni sebahagian saja order yg dibenarkan untuk diupload..yg lain2 utk butik...so dilarang sama sekali..


 ORDER DARI EIZAN....scallop labuh XXL TP...TP tanpa pengeras la ya.



 Printed ni saja yang ada awning pengeras. Disebabkan material dr cotton so perlu ada awning pengeras


ORDER DARI GEE N FRND...scallop syria. Material dr net..mmng cantik!


Cotton Syria with Inner scarf...ada 3 colour.

ARIANA SUPER LABUH TP...mmng labuh sesangat. 2nd time buat tudung ni...bhg belakng tudung ni menutup punggung

ORDER FROM MY NEW CUSTOMER NIZA...TQ awk ^_^



ORDER KE-2 DARI LINDA...Tudung glamour Raya with manik. Semua order bahgian awning tanpa pengeras.







Saturday, August 11, 2012

Telekung project


As salam...Salam Ramadhan untuk semua pelanggan E.Y.N.A.S..maaf ya..harini baru ada masa nk menulis blog yang dah lama x terusik. Nak kata bz sangat tu xlah..tapi masih x putus menjahit. Alhamdulillah..rezeki yang Allah beri. Untuk Ramadhan tahun ni Eynas kurangkan untuk terima order Raya. Nak relax sikit dr jahit sebenarnya...tapi masih lagi menerima sehelai dua tempahan. Seperti tahun2 yang lepas, Eynas xde rest langsung masa bulan puasa. Jahit 1 bulan tu tanpa henti...so untuk Ramadhan tahun ni mmng berazam x nak terima banyak sangat order. 

Dah lama sebenarnya xmenjahit telekung. Untuk post kali ni nk share sikit hasil jahitan sebahagian dari order telekung di bulan Ramadhan ni. 






Perasan x ada sambungan kt bahagian belakang telekung? disebabkan kain ni bidang 32", Eynas perlu buat sambungan di bahagian belakang telekung tu.
Kain ni pula sulam penuh yang ada lubang2 kecil kat seluruh kain...so terpaksa buat lapik bahagian dalam tu labuh hingga paras pergelangan tangan.
Telekung hitam ni pula tempahan dari Watie.Terima kasih ya. Kali kedua Eynas buat telekung colour ni.

Tuesday, July 17, 2012

Orang dah lama buat...saya baru nak cuba!


Disebabkan kesibukkan menjahit tempahan Eynas xsempat nak cuba design2 terbaru tudung yang ada dipasaran. masa sangat2 xmengizinkan untuk cuba pon. Dua tudung ni sebenarnya dibuat khas untuk mak Eynas...kebetulan akan menghadiri majlis perkahwinan...katanya dah xde tudung baru nak pakai...inilah hasilnya. Tudung tequoise dilayerkan 2 colour n purple awning lace n dijahit ruffles. Biasanya design tudung baru Eynas akan buat untuk my mum dulu


Wristlets

Tempahan wristlets dari Aida. Nak design yg comel2 katanya. Inilah hasilnya. Thnks Aida!

Telekung ala2 pengantin

As Salam....

Semakin hari semakin bz sampai xde masa nak update blogku...
Rasanya tempahan telekung ni dah siap sebulan kot..tapi disebabkan bz sangat sekarang baru dapat nk update semua hasil2 kerjatangan ku.

Kain telekung dari material satin silk dan menggunakan lace labuci penuh..sangat2 mencabar masa proses menyiapkan telekung ni...kain sangat2 lembut n licin...aiyooo...akhirnya siap jugak. Terima kasih to my new customer Zeti ^_^

Sunday, May 27, 2012

New Order 25 May

Salam...tempahan kali ni kebanyaknya tudung syria. Xlah pening kepala nk jahit...sangat senang...Eynas paling suka jahit tdung ni..hehe. xyah la nk meng"iron" awning dgn bakrum tu. Lps order ni Eynas akan jahit shawl pulak....rasanya ada pepatah yg penah didengar tapi Eynas terbalikkan je ayat tu...."bersenang-senang dahulu, bersusah2 kemudian" nak tau kenapa? sbb nk kene potong shawl dr kain chiffon panjang setiap shawl 2 mtr...sangat2 leceh...sebab tau je la sifat kain chiffon kan...huhu...KESABARAN diperlukan tahap gaban masa prosess ni....okla...nk g potong kain tu dlm keterpaksaan ni...jmpe next post ya!
Order dr Lin Syria denim with Filigree


Order dr Gee Syria cotton with inner scarf

Mix colour...cantik la pulak colour ni!

Inner gym


4 tudung syria kat bawah ni sebenarnya Eynas buat ready made cut FOR SALE...tp x sempat nk g tunjuk kat customer da ada org beli semua...