Friday, August 23, 2013

DANIA EXCLUSIVE

Design terbaru..cutting sama macam Dania shawl tu cuma digantikan material chiffon di bahagian luar n anak tudung yang dijahit sekali dibahagian dalam. Nama pon exclusive kan..so sesuai la digayakan untuk ke majlis2 rasmi. Menggunakan soft awning permintaan dr customerku. Rasanya kalo guna TS pon cantik tapi bab menjaga tu yang jadi malas pulak. Bila awning patah simpan je la tudung tu...better soft awning ni. Eynas sendiri pon belum memiliki lagi Dania shawl ni. Bila ada majlis nk pegi baru kelam kabut nak buat..hehe..biasala tu.

Order ke-2 dari customer baru..Kak Hawa dari Melaka. 1st order dulu Eynas buat Tudung Syria cotton. Bila dapat je tudung ni Kak Hawa berpuashati dengan hasil kejaku..Alhamdulillah. Untuk next order nak semua soft colour chiffon...Amboii! bergaya sakan akak lepas ni ya. Thanks kak!


Before digayakan


Bahagian sisi

Bahagian sisi

Cara pakai sama mcm Dania Shawl..belit sekali je..tadaa...siapdah!

Chiffon dilonggarkan sikit bahagian bawah leher tu












INNER MAGIC

Akhirnya sempat jugak cuba design2 baru..tapi xde la baru sangat kan sbb org lain dah lama pakai..hehe. Kita je baru nak start. 

Inilah rupanya inner magic yang selalu orang dok citer2 tu rupanya. Kain tu xdisambung habis di bahagian belakang tengkuk n diletakkan getah kat bahagian tu. Bahagian dahi pon terjungkit skit effect dr kain yg xdijahit kat bahagian belakang tu. Sample yang diberi oleh kawanku. Eynas ni mmng bukan jenis membeli design2 baru tau. so xtaula sangat kalau customer soh buat macam2 design. Nak jadikan senang, customer sediakan contoh n Eynas kene la bedah siasat..hehe.
Pilihan material pon penting untuk hasilkan Inner Magic ni. Dapat cotton tebal yg buat seluar tu pon bagus. Aritu ada jual kt Jakel..tp xbeli la pulak sbb xtau nak buat apa kain tu :(
Sesiapa yang berkenan tu untuk pengenalan Eynas akan jual warna hitam dulu la eh. 
Harga: rm10








                                             










CHIFFON 3 LAYER


Tudung pertama yg dibuat selepas tamat class ni berbulan yang lepas. Disebabkan busy memanjang n xde free time nak mencuba kan, ni la jadinya. kain dah siap dicantum2 minggu terakhir Ramadhan tu..tp disebabkan order2 lain masih xsiap2..so siap la tudung ni after balik dr cuti raya tu...sib baik ingat lagi step2 tu. 

 Eynas pon masuk class jugak walaupon dah tau menjahit. Ada banyak tutorial kat internet..tp nak jugak pergi berguru. Dapat tengok depan mata cara cikgu mengajar, barula rasa confident nak buat.



DANIA SHAWL


Dania shawl menggunakan material moss crepe. Kalau tengok dekat2 ada texture biji2 kat kain tu. Texture kain ni ada lubang2 halus n berat. cantik la kalau dibuat shawl ni. Sangat mendapat sambutan sebab shawl ni sangat2 mudah untuk digayakan. 

Order dari my new customer Kak Runika. 
Dania shawl sebelum digayakan

belit sekali di atas kepala..siap!

Texture moss crepe



 Yang ni order dari my cousin Munee..TQ awk ^_^


Pandangan sisi

DWI TONE SHAWL

Design terbaru for raya. Actually last year dah buat masa majlis nikah my sister. Untuk raya tahun ni Eynas menggayakan shawl ni..bole tgok gambar  ucapan rayaku itew ya :)

1st shawl ni order dari my cousin Amar. Suka dengan padanan colour ni...nampak muda je kalo pakai..ahaks!


 Ok yang ni pulak request dari my sister in law yg form 5 tu..Amboi kecik2 dah pandai nk bergaya you. kita dulu pakai je apa2 yang ayah kita sediakan. Zaman dah berubah kan. nak pakai masa pertunangan abangnya.. Masa potong kain x la perasan sangat colour tu..tapi masa nak bayar tu barulah perasan..."Eh! cm colur baju staff Jakel la pulak!" hehe..belasah je lah Cik Nas..org request buat je la..kebetulan baju tu tersama pulak colour theme Jakel :)

INSTANT HOODIE


Tempahan dari Rina menggunakan kain sendiri Instant Hoodie berdagu 


Custome made bole request apa2 colour je for awning...kalo bli ready made xdapat la kan.
                             
Tempahan dari Fadzilah n geng..Group ni mmng sangat2 suka dengan instant hoodie ni..every time mmng dia orang akan tempah jenis ni je. Thank you ya!

Instant Hoodie yg belum di"hoodie"kan..hehe





Thursday, August 22, 2013

KIDS TUDUNG

As salam...Eynas kembali lagi. Maaf la, masih sibok dengan tempahan yang xsempat dihabiskan b4 raya aritu. Personal order mmng dah dihabiskan b4 raya tu...bila dah balik kampung order dr kampung pulak yang masuk..arini nak settlekan semua personal order raya sbb lepas tu dah bole start ngan order Butik.  Rasanya dah menggunung plastik customer kt bilik jahit ni...hwaaa. Pagi ni curi masa sikit b4 start menjahit. Tangan kanan pon macam xberapa sihat..huhu..cam bengkak je muscle ku..ni la penangan menggunting selama sebulan di bulan Ramadhan..adeh :(

Opssss! cukupla pengenalan tu..hehe cite pasal order tudung la plak.

Ni semua order before raya..kira Tudung Raya la for my customer. Order dr adik Suffiya. 

Syria with piping





Sebenarnya dah xtau nk buat design apa..sbb semua dah ber"piping". Tak bole nak fikir dah sbb order banyak and beserabut fikiranku...huhu...last2 jadilah design "Layer V" ni. Sib baik tuan tudung tu suka :))



Saturday, August 10, 2013