Thursday, August 23, 2012

Chiffon new cut

CHIFFON HOODIE

 1st time try buat ni sbenarnya...untuk my new customer...ubah sikit kt bahagian lipat kt bhg depan dada tu. utk yang berminat menggayakan hoodie ni bolehlah order ya.

Harga:

Hoodie sahaja rm30
Anak Tudung Labuh rm25 (boleh request TP or Awning)

Harga 1 set rm50

Jika nk hantar kain sendiri pon bole.
Upah jahit RM15







Raya Order

As salam..semua order siap b4 raya smpai xsempat nk update. tahun ni tdung sndiri pon xsempat nk jahit...Pakai apa yang ada je la. Kat bawah ni sebahagian saja order yg dibenarkan untuk diupload..yg lain2 utk butik...so dilarang sama sekali..


 ORDER DARI EIZAN....scallop labuh XXL TP...TP tanpa pengeras la ya.



 Printed ni saja yang ada awning pengeras. Disebabkan material dr cotton so perlu ada awning pengeras


ORDER DARI GEE N FRND...scallop syria. Material dr net..mmng cantik!


Cotton Syria with Inner scarf...ada 3 colour.

ARIANA SUPER LABUH TP...mmng labuh sesangat. 2nd time buat tudung ni...bhg belakng tudung ni menutup punggung

ORDER FROM MY NEW CUSTOMER NIZA...TQ awk ^_^



ORDER KE-2 DARI LINDA...Tudung glamour Raya with manik. Semua order bahgian awning tanpa pengeras.







Saturday, August 11, 2012

Telekung project


As salam...Salam Ramadhan untuk semua pelanggan E.Y.N.A.S..maaf ya..harini baru ada masa nk menulis blog yang dah lama x terusik. Nak kata bz sangat tu xlah..tapi masih x putus menjahit. Alhamdulillah..rezeki yang Allah beri. Untuk Ramadhan tahun ni Eynas kurangkan untuk terima order Raya. Nak relax sikit dr jahit sebenarnya...tapi masih lagi menerima sehelai dua tempahan. Seperti tahun2 yang lepas, Eynas xde rest langsung masa bulan puasa. Jahit 1 bulan tu tanpa henti...so untuk Ramadhan tahun ni mmng berazam x nak terima banyak sangat order. 

Dah lama sebenarnya xmenjahit telekung. Untuk post kali ni nk share sikit hasil jahitan sebahagian dari order telekung di bulan Ramadhan ni. 






Perasan x ada sambungan kt bahagian belakang telekung? disebabkan kain ni bidang 32", Eynas perlu buat sambungan di bahagian belakang telekung tu.
Kain ni pula sulam penuh yang ada lubang2 kecil kat seluruh kain...so terpaksa buat lapik bahagian dalam tu labuh hingga paras pergelangan tangan.
Telekung hitam ni pula tempahan dari Watie.Terima kasih ya. Kali kedua Eynas buat telekung colour ni.